Doaku untukmu sayang :')

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hai all stalker. Hiasi hari anda dengan senyuman :) Hopefully korang sihat sihat selalu. 
Hari nie cerita aku terlalu sedih, aku rasa aku akan menangis bila update post nie :'( Seriusly aku sedih. Macam macam yang berlaku antara aku dengan dia. Aku dah buat silap besar dengan dia. Aku menyesal. Menyesal sangat. Aku dah janji kat diri aku aku tak kan buat lagi macam tu. Aku terlalu sayang kan dia. Kenapa aku bodoh sangat buat orang yang aku sayang macam tu :'( Sejak 2 bulan lepas aku dengan dia  setiap hari bergaduh. Aku tau dia sakit dengan ape yang aku buat. Aku dah hancurkan kepercayaan dia kat aku :'( Now dia dah tak layan aku macam dulu. Yaa aku rindu hubungan kitorang yang dulu. Rindu sangat sangat. Aku dah tak tau nak buat macam mane lagi. Setiap ape yg aku buat sentiasa salah dimata dia. Sampai laa Isnin lepas, sumpah aku tak percaya dia buat keputusan nak break. Aku tak tau kat mane aku mase tu. Aku jadi tak tentu arah. Aku tak tau ape yg aku dah cakap kat dia. Seriusly ape yg aku cakap semua nya yang lahir dari hati aku. Sumpah aku bersyukur sangat dia tarik balik ape yg dia cakap. Tak tau laa macam mane hidup aku tanpa dia :') Dia yang terakhir untuk aku. Itu janji aku. Semalam dia jujur yg dia ada org ketiga. Itu ke balasan untuk aku :'( Dia minta aku bersaing dengan perempuan yang aku tak tau sape. Ya Allah sakit nya aku mase tu. Aku cuba bertahan demi tegak kan cinta aku. Aku berjanji sampai akhir nafas aku aku akan bukti kan kesungguhan cinta aku kat dia. Aku akan buat dia percaya aku balik. Walaupun aku sakit :'( Kenapa semuanya jadi macam nie :'( Aku yakin aku akan dapat hati dia balik. Sayang, saya akan buktikan kat awak yg saya boleh :) Saya buat semua nie demi cinta kita. Walaupun kita baru 4 bulan. Tapi cinta saya kat awak cukup dalam :'( Saya harap awak tak sia sia kan saya :') Awak yang terindah buat saya.
Ya Allah andai dia untukku, kuatkan lah aku dengan dugaanmu, tabah kan lah aku dengan semua ini ya allah. Kuatkan lah semangatku. Aku tak sanggup kehilangan dia dalam hidup aku. Dia terlalu indah buatku. Jauhkanlah dia dari segala masalah. Sihatkan lah tubuh badan dia. Kekalkanlah hubungan aku dengan dia :'( Aminnn :)

-XOXO-AnnaNordin-

Sedih

Assalamualaikumm all
Today entry aku akan buat aku nangis. Yaa sedihh sangat. Baru 5 minit lepas aku habis OTP dengan dia. At the first, aku terlalu happy sebab dapat cakap dengan dia. Aku rindu suara dia. Seperti biasa borak borak. Macam mane korang borak dengan buah hati kau macam too laa aku borak dengan dia. Tak perlu bagitau laa kan ape isi kandungannya. Tengah borak and borak and borak tetiba dia tanya aku about PC. Dia tanya aku tau kan tentang PC. Yaa memang aku tau tapi aku tak berapa pakar. Aku dah dapat tangkap dia nak tanya aku pasal set sound PC. Aku tau basic je pun sayang. Sebab too aku suruh orang lain yang tolong set kan. Nak suruh aku tengok youtube or google memang tak laa. Lagi menambahkan pening aku sebab nak kena cari one by one. Start too dia dah start nak mara aku hmmm okay mara laa aku terima. Then dia cakap aku tak berubah. Masih kekal kan perangai aku. Aku penah cakap aku jenis careless benda yang remeh. See betul orang cakap benda remeh laa punca pergaduhan.  Aku tanya dia dah baca belum entry entry aku. Lepas too dia cakap aku bengang sebab dia ada post pasal blog yang ada pasal "mamat" too kat wall FB aku. Haaa? Okay blur sekejap. Bila awak hantar sayang? Mana ada awak hantar dekat FB yang saya guna sekarang. Saya pasti dan yakin awak mesti hantar dekat FB saya yang kena Hack too kan. Mesti awak post masa FB saya belum kena hack kan kan kan. Awak ingat laa balik. Jangan laa nak mara saya je hmm kalau ada saya cakap ada. Sebab takde laa saya cakap takde. Sumpah sedih tiba tiba awak mara saya. Lepas too awak cakap jangan call and mcj awak selagi tak jumpa. Ape salah saya sampai awak nak buat macam too? Awak mesti ingat saya tipu awak. Kenapa bila saya jujur awak cakap saya tipu? Saya nie penipu ke? hmm takpe laa awak. Mara laa sampai awak puas hati. Sampai awak dapat jawapan nya. Saya tak tipu awak pun. Kalau awak baca post post nie. Saya harap awak tau yang saya terlalu sayang kan awak.

Aku Sentiasa Sayang kan Kau dan Aku Tak Pernah Lupakan Kau Dalam Hidup Aku.
ILOVEYOUSOMUCHSAYANG :*

~XOXO~AnnaNordin~

Hanya Kau Dihati

Assalamualaikum
Today aku nak story something yang happy + sedih . Apakah ?? HaHaHa Semalam aku ada story yang aku rindu dia kan kan kan. Malam semalam dia hantar mcj dekat aku. Dia kata dia minta maaf sebab buat aku macam too. But aku tak dapat nak reply mcj dia sebab kredit aku dah habis hantar mcj kat dia semalam. But dalam hati aku berkata  "Sayang, I always and always forgive you" dan berharap dia tahu ape yang aku cuba sampai kan walaupun aku tak reply mcj dia. Tapi komfem komfem laa dia tak tahu kan kan. Anyway aku tetap happy sebab dia reply mcj aku daripada dia tak reply langsung kan.

Pagi tadi aku ajak dia online Camfrog. Aku tunggu tunggu dia tak on pun. It's okay laa mungkin dia tak bangun lagi or dia takde lappy kan. So aku biar jela. Then aku cek phone aku nahhh dia call aku rupanya sepanjang aku tunggu dia too. Sorry sayang. My phone was on silent mood. Disebabkan rasa bersalah aku. Aku mcj dia guna phone my brother. Aku lupa tau nak tukar silent mood too. So aku tak dengar dia call. Then aku suruh dia call balik. Dia call dalam nada suara yang merajuk + marah. Okay dah tau dah perangai dia. At the first aku suruh dia call too sebab nak pujuk dia. Nahh aku baru tanya dia buat ape? Dia tak jawap. Then mara aku. Aku diam je sebab aku tau aku salah. Aku nie kalau dah salah orang mara komfem aku diam. Takde nya aku nak bersuara. Dia mara aku sebab aku tak say Sorry kat dia sebab tak angkat call. Alahai sayang aku nie. Sabar laa. Aku memang nak say Sorry sebab too aku tanya kau buat ape. Nak bagi kau cool dulu. Sadiss betul tetiba kena mara. Tapi takpe laa salah aku juga kan. Mengong tak pegi minta maaf dulu sape suruh. Bodoh nya laa awek kau nie PAPA. Lepas too dia bagi mcj bukan bukan. Cakap aku bosan dengan dia laa ape laaa. Tah ape dia merapu pun tak tau. Tunggu aku topup okay sayang.

Sayang, aku tak penah rasa bosan dengan kau walau secebis pun. Aku tak penah bohong hati aku untuk kau. Aku sentiasa nak jaga hati kau. Kau selalu cakap aku tak sayang kau. Aku harap sangat kau akan nampak betapa aku sayang kan kau. Aku perlu kan kau dalam hidup aku. Aku tak perlukan lelaki lain. Kau yang terbaik dalam hidup aku. Aku yang bodoh buat kau macam too. Maafkan aku sebab tak jadi yang terbaik untuk kau. Aku tau aku tak cukup sempurna untuk kau. Tapi sayang dan cinta aku untuk kau cukup sempurna dihati aku. Aku terlalu sayang kan kau. Kau nampak kan betapa hidup aku tak tentu arah tanpa kau. Walaupun sehari. I LOVE YOU SO MUCH PAPA.

~XOXO~AnnaNordin~

Rindu Setengah Mati

Assalamualaikum & hyee hyee all stalker.
Hopefully korang semua sihat sihat selalu dan happy disamping orang tersayang. Dah lama rasanya aku tak update blog nie. Hari  nie rasa macam free je nak update post kat blog nie. Banyak sangat story aku sepanjang aku tak update blog nie. Kalau aku story rasanya tak cukup page kut Hihiiii seriusly banyak. Aku pun tak tau nak start cerita aku nie macam mane. See MySuperHeo dah bertukar wajah. Disebalik pertukaran wajah too banyak sangat cerita yang menyakitkan hati sebelum wajah too bertukar. Before this Mohd Hafiszul Hakim right. Dia yang aku anggap MR.RIGHT tipu aku and family dia hidup hidup. Ape yg dia tipu tak payah laa cite kat sini. Rasa macam menyakitkan hati aku balik dan aku tak nak ingat lagi pasal dia.

Now hati aku dah dicuri balik oleh orang yang pernah aku cinta & sayang dalam diam. Seriusly aku happy sebab dia terima aku. Hanya TUHAN je yang tau betapa happy nya aku bila dia hadir dalam hidup aku. Kitorang together masa 14 January 2013 dua hari sebelum birthday dia 16 January 2013. Seriusly aku sayang dia sangat sangat. Dia nie sweet sangat. Ramai perempuan yg cair dengan dia. Tapi tak tau laa kenapa dia pilih aku. But aku bersukur gila. Dia stay Johor. Jauhkan dengan aku yg kat Sepang nie. But now dia datang KL n stay sini sampai sekarang. Tak payah cite laa kan betapa happy nya aku. At the first dia kata datang sini just nak jumpa member member CamFrog & jumpa aku. At the last diakata nak cari kerja kat sini. Ahha seronok. Masa dia baru sampai KL aku rasa sakit hati pun ada. Tiba tiba dia tak mcj aku, aku call pun dia buat tak tau. Nampak tak sakit hati aku too. Ape yang boleh aku buat diam kan jelaaa. Tunggu je sampai dia mcj n call aku. Sampai pukul 3 pagi aku tunggu masih takde. Then aku amik keputusan untuk call dia. Dia  angkat. Too  pun dia macam bz je. Errrrr~ geram kau tau. Start dari hari too aku asyik gaduh je dengan dia. Seminggu aku tak bergayut dengan dia. Sebelum nie masa dia stay Johor sehari tak gayut tak sah. Dan start dari situ laa aku dah mula nak buat perangai. Aku jarang mcj dia. Dia pun selalu marah aku. sampai laa sekarang kitorang asyik gaduh je. Kalau baik pun tak sampai one day. Ape yg perlu hanya bersabar & doa jela. Seriusly aku tak tentu arah. Study pun aku tak fokus. Sampai cikgu pun perasan aku tak fokus. Then aku cerita laa ape masalah aku kat cikgu. Cikgu suruh aku amalkan baca ayat hati al-quran supaya hubungan kitorang nie sentiasa baik walaupun satu hari nanti dia bukan jodoh aku. Aku amalkan baca ayat too sampai hari nie.

26 January 2013. Our first meet dengan dia. Ya Allah aku rasa happy sangat sebab di beri peluang untuk jumpa dia walaupun sekejap. Seriusly masa nak jumpa dia too memang banyak sangat dugaan. masa 25 hari bulan too aku dah nak jumpa dia kat KTM. Then traffic jam lama gila. Arrrggghhh tension woii. Dia sanggup turun Sg.Buloh semata mata nak jumpa aku.  Awesome !! At last tak dapat jumpa dia hari too sebab dia salah turun. masa too pula dah nak maghrib & malam too sepupu aku nak nikah. Nak tak nak aku suruh dia balik sebab aku tak jumpa mane dia. Dengan kek hantaran aku tak pegi amik lagi kat kedai. Seriusly aku rasa bersalah gila dengan dia masa too. Esok nya dia buat surprise kat aku, dia kata dia ada kat The Store Sungai Buloh. Whattt ?? Ahha terkejut masa too. Dengan aku sibuk sibuk dekat majlis sepupu aku too. Aku tinggal kan demi nak jumpa dia. Haha. Pengantin cari aku sebab nak amik gambar Out Door tapi aku takde. Pengapit tak boleh diharap katanya Hahaha Sorry Sepupuku. Aku pegi jumpa dia sampai dah nak maghrib. then pegi hantar dia kat KTM. Ahha happy gila weiii time too.

Today aku demam sebab rindu gila kat dia. Dari malam tadi aku tunggu dia reply mcj aku. Tapi sampai pagi takde pun mcj dari dia. Sumpah sedig. Dia tiba tiba cakap aku ada org lain :( Aku ada dia je :( Takpe laa aku akan tetap tunggu sampai dia mcj aku. AKU RINDU KAU SANGAT SANGAT PAPA :( Aku tunggu kau balas mcj aku baru aku makan ubat. Selagi kau yak reply mcj aku selagi too aku tak kan sentuh ubat. I LOVE YOU SAYANG :)

~XOXO~AnnaNordin~

blogger widgets Blogspot Tutorial